Saturday, January 29, 2011

It Is About ~ Holiday in Langkawi Part 2

Hari Jumaat, 20th Jan, kami ronda-ronda ke UnderWater World. It was the first place the kids really wanted to go to. Orang pun tak ramai sangat, so senanglah nak bergerak.


Mula-mula masuk aje, terus ada orang tangkap gambar kami. Katanya nanti bila dah habis round boleh collect kalau nak. Hmm....rupanya dah jadi trend semua tempat pelancongan untuk buat macam tu.

Seronok jalan-jalan kat dalam tu sebab dapat tengok macam-macam jenis ikan, dari ikan jenis air tawar, jenis air masin, and even  ada birds jugak....




Danish yang paling seronok dapat tengok ikan yang bermacam saiz dan warna. Yang paling dia seronok bila jumpa baby Nemo lah, Patrick the Starfish lah, Mr Crab lah....hmm alahai, nasib baik takde jumpa Sponge Bob Square Pent kat situ!





Lepas tu, jumpa lah pulak pelakon-pelakon extra untuk movie 'Happy Feet'.... comel-comel sungguh diaorang ni. Kami dok tunggu jugak Si Pingu, tapi sampai sudah tak nampak....







Sempatlah jugak beli sedikit cenderahati kat situ...yang banyak dibeli dah tentulah key-chain. Naik rambang mata tengok macam-macam jenis key-chain yang dijual. Nak beli t-shirt, harganya mak datuk, mahal giler. Tapi kan, I still have a t-shirt that I bought masa mula-mula datang kat sini. Dah berbelas tahun, elok lagi bajunya. Sampai sekarang masih boleh dipakai.



Finally, jumpa jugak dengan ikan yang besar ni. Ingatkan ada seekor saja, rupanya banyak kat dalam akuarium tu...tapi dah tak ingat apa namanya.



By the time kami habis meronda kat Underwater World Langkawi ini, kami terus pergi lunch dekat satu restoran Melayu di seberang jalan. Makanannya boleh tahan lah sedap, tapi tengok menu harga air ...fullamak...lagi mahal dari harga air kat KLIA kargo!

Balik hotel pun dah hampir pukul 5 petang, anak-anak dah tak sabar tak nak main air kat swimming pool hotel. Nanti kita sambung cerita lagi....

Zhelda Ibrahim

No comments:

Post a Comment